Wednesday, March 10, 2010

Caj Wad Dimansuhkan

pesakit sedang dirawat oleh doktor

Mulai 1 April 2010 kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2010

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan memaklumkan keputusan Kerajaan untuk memansuhkan bayaran wad yang dikenakan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam apabila dimasukkan ke hospital Kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

Kumpulan/ Gred Kelayakan wad :

Kelayakan wad adalah berdasarkan gred pegawai seperti dalam jadual di bawah:

Pengurusan Tertinggi Kelas 1 Bilik Seorang
45 – 54 Kelas 1 Bilik Seorang
31 – 44 Kelas 1 Bilik Berdua
21 – 30 Kelas 1 Bilik Bertiga
1 – 20 Kelas 2

Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa juga berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan. Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.


Sekiranya ada ahli keluarga terutama ibu dan ayah sah minta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, pegawai awam atau pesara tersebut perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam. Deposit perlu dijelaskan terlebih dahulu mengikut kadar yang ditetapkan sebelum dimasukkan wad yang lebih tinggi



berita ini disunting dari Kosmo






No comments:

Post a Comment